Rio Ferdinand berkata dia bimbang dengan Jadon Sancho tidak mampu untuk mengulangi prestasi cemerlang di Bundesliga dalam saingan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) untuk Manchester United.

Pemain berusia 22 tahun itu digugurkan daripada kesebelasan utama Erik ten Hag untuk lawatan United ke Goodison Park Ahad lalu selepas gagal mempamerkan aksi cemerlang menentang Man City.

Sancho menghabiskan keseluruhan kemenangan United 2-1 ke atas Everton untuk memanaskan bangku simpanan dan Ferdinand bimbang ia boleh menjadi tema yang berulang untuk penyerang itu.

Bercakap mengenai rancangan YouTube Vibe with FIVE, Ferdinand berkata, "Saya belum melihat [prestasi di Bundesliganya] lagi. Itu perkara yang membimbangkan bagi saya.

"Jika saya Jadon Sancho, atau dalam kem Jadon Sancho, saya sedang mencari cara di mana saya boleh mendapatkan semula rentak teraik, fikirannya, untuk mencungkil Sancho yang menjadikannya bakat yang diidamkan di seluruh Eropah.

"Statistiknya di di Jerman cukup hebat, dia melakukan perkara yang menakjubkan di sana, tetapi ia sebelum berpindah semula ke EPL.

"Dan saya tidak tahu mengapa. Apakah sebabnya? Adakah kerana cara pasukan itu bermain? Adakah kerana rentak EPL?

"Adakah dia diminta untuk melakukan lebih banyak bertahan sehingga dia tidak mendapat tenaga apabila mereka mendapat [bola] dalam fasa peralihan dari bertahan ke serangan?

"Rekod hantaran dan golnya tidak bagus apabila anda membandingkannya dengan pemain lain dalam kedudukannya.

"Jadi anda memberi dia masa itu untuk menyesuaikan diri dengan liga ini dan selepas pramusim saya berfikir, 'Baiklah, ya, ini nampaknya kita telah mendapat Sancho yang telah kita beli dari Dortmund'."

Dia menyambung: 'Saya rasa dia telah menunjukkan musim ini dia boleh menjaringkan gol, dia menjaringkan gol ketika menentang Liverpool dan Leicester.

"Namun saya berasakan Sancho belum mendapatkan rentak terbaik ketika beraksi di Bundesliga. Terdapat peningkatan, namun masih jauh lagi."