Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 29 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, bagi menghadapi dua aksi persahabatan tier 1.

Dua perlawanan berkenaan adalah aksi menentang Kemboja dan Maldives, masing-masing pada 9 dan 14 Disember ini.

Daripada senarai itu, pemain Selangor FC paling ramai akan menyertai kem berkenaan dengan enam pemain diikuti Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC dan Petaling Jaya City FC, masing-masing dengan empat pemain.

JDT sebenarnya memiliki paling ramai pemainnya yang tersenarai, iaitu sebanyak 13 pemain, tetapi 11 daripadanya tidak dapat menyertai kem latihan kali ini atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga atau masalah kecederaan.

Turut tidak dapat menyertai pasukan kali ini adalah pemain Sri Pahang, Nor Azam Azih.

12 pemain berkenaan juga difahamkan tidak akan tersenarai mewakili Harimau Malaya dalam Kejohanan Piala AFF bulan depan.