Pemain kebangsaan, Faisal Halim, lega menamatkan penantian jaringannya sudah pun berakhir ketika membenam Hong Kong 2-0 dalam perlawanan ujian di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Pemain sayap bertubuh kecil molek itu menutup mulut pengkritik dengan menjaringkan gol pertama peribadinya musim ini selepas buntu menemui belakang jaring dalam lima perlawanan pertama Liga Super bersama Selangor selain aksi terdahulu bertemu Turkmenistan.

Menerusi perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, 'Mickey' akan terus kekal dengan pendiriannya untuk menukar kasut bola miliknya dalam setiap babak memandangkan secara tradisinya telah mengamalkannya perkara tersebut sejak pada awal kariernya.

Ia secara tidak langsung menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tindak tanduk itu menjadi puncanya gagal memecah kebuntuan jaringan awal musim ini.

"Saya ditanya adakah saya akan tetap menukar but selepas menjaringkan gol pertama sebab saya sudah memakainya babak pertama.

"Peluangnya itu ada tapi rezeki belum (sampai) tapi Alhamdulillah satu gol amat bermakna buat diri saya.




"Saya bekerja keras dan jujur dengan kerja saya.

"Bantuan jaringan hari ini kepada Akhyar Rashid juga, dia bersemangat dengan dua gol daripada dua perlawanan.

"Dia di kiri dan saya di kanan, kami saling membantu mengatur serangan untuk negara.

"Malah, Kim Pan-gon berseloroh dengan berpesan agar menukar warna rambut sekiranya tetap tidak menemui jaringan," katanya selepas membuat 21 penampilan di peringkat antarabangsa malam tadi.