Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim, bakal menerima rawatan 'skin allograft' yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.

Prosedur berkenaan digunakan sekiranya pesakit tidak memiliki kulit yang cukup untuk digunakan bagi merawat dan menutup luka terbakar.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair, berkata pendekatan itu diambil sebagai prosedur untuk membantu proses pemulihan Faisal.


“Berdasarkan kepada pakar bedah, prosedur lanjutan itu akan berlangsung dalam minggu ini. Daripada segi otot, ia memerlukan rehabilitasi dan kita boleh jangka pada masa depan nanti,” katanya.

Secara asasnya, prosedur itu adalah untuk memindahkan kulit sihat ke pesakit yang mengalami kecederaan khususnya kesan lecur kebakaran.

Ketika ini, Faisal atau Mickey baharu saja selesai jalani pembedahan kedua dan keadaannya kini bertambah baik.

Ahad lalu, Ahad lalu, kecelakaan menimpa pemain Selangor, Faisal Halim, yang telah disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali di Damansara.

Ia telah menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu telah mengalami lecuran tahap 4 dan telah menjalani dua pembedahan bagi membantu untuk memulihkan keadaannya.