Semangat saudara serumpun jadi sebab utama Extra Joss terus memperluaskan penajaannya dalam bola sepak di Malaysia, terbaru sebagai penaja penyiaran rasmi Liga Malaysia (Liga-M) di Astro.

Pengurus Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus, percaya ia merupakan langkah penting untuk menambah kegilaan bola sepak di negara ini.

"Dengan kerjasama MFL dan Astro, kami melihat ini peluang untuk memperluaskan pasaran kami.

"Extra Joss yang berasal dari Indonesia sudah ada dalam pasaran antarabangsa.

"Perwatakan dan budaya bola sepak serupa di antara Indonesia dan Malaysia. Jadi kami mahu teruskan komitmen di Malaysia dan kerana melihat ramai sekali peminat menonton bola di stadium Malaysia selain menyedari imej Astro sebagai penyiar rasmi.

"Di Malaysia, Extra Joss bukan sekadar minuman tenaga malah minuman yang boleh dinikmati yang memiliki banyak perisa yang sedap," katanya dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam,