Gareth Southgate sedar kempen Euro 2024 perlu berjalan lancar sekiranya dia masih berminat untuk kekal sebagai pengurus England.

Ketua jurulatih berusia 52 tahun itu telah menduduki kerusi panas berkenaan sejak penyingkiran memalukan Sam Allardyce pada 2016 dan dia telah menerapkan prestasi terbaik buat pasukan kebangsaan sejak kejayaan Piala Dunia 1966.

England mara ke separuh akhir 2018 sebelum tewas dalam perlawanan akhir Euro 2020 menerusi penentuan sepakan penalti yang menyakitkan kepada Itali di Wembley.

Mereka terus mempamerkan kemajuan sebelum disingkirkan Perancis dalam Piala Dunia tahun lalu, tetapi tahun depan yang mencabar bermakna Southgate terpaksa mempertimbangkan sama ada untuk melanjutkan kontraknya selepas 2024.

Pengendalinya England itu memutuskan untuk kekal selepas seminggu kempen Qatar, tetapi Kejuaraan Eropah musim panas akan datang boleh menjadi medan untuknya membuktikan kemampuan.

“Kontrak saya hingga Disember 2024,” kata Southgate.

"Soal ini boleh diketepikan terlebih dahulu kerana ia akan bersambung bagi membolehkan semua orang membuat pertimbangan."



Ditanya sama ada Euro akan menjadi kejohanan terakhirnya, Southgate berkata: “Siapa tahu?

“Saya fikir kami perlu turun dengan prestasi yang sangat baik untuk merealisasikannya, ia boleh menjadi sebarang kemungkinan di mata sesiapa sahaja dan itu pun sudah cukup adil. Saya lebih selesa dengan sentimen sebegitu.

“Matlamat saya adalah untuk mencuba dan memenangi kejohanan dan segala yang saya lakukan adalah menjurus ke arah itu. Setiap perbualan saya dengan pemain adalah menjurus ke arah itu.

“Jadi buat masa ini, apa yang akan berlaku pada masa hadapan tidak bermain di dalam fikiran saya, sebaliknya kami memusatkan tumpuan untuk cuba menggondol Kejohanan Eropah.”