Luis Enrique memuji pemain sensasi Sepanyol, Pedri, membandingkan pemain muda itu dengan legenda Barcelona dan La Roja, Andres Iniesta, berikutan kekalahan separuh akhir Euro 2020 kepada Itali.

Itali menempah slot ke final dengan kemenangan penentuan penalti 4-2 ke atas Sepanyol selepas pertembungan yang sengit berkesudahan 1-1 di Wembley.



Di sebalik kejayaan Sepanyol bangkit menerusi pemain gantian, Alvaro Morata, yang menafikan jaringan pembukaan Federico Chiesa, sebelum mereka kecundang dalam penentuan penalti, ia merupakan saingan yang penuh bermakna buat bintang berusia 18 tahun, Pedri.

Pedri menjadi pemain Eropah pertama dalam sejarah kejohanan utama (Piala Dunia dan Euro) untuk turun sebanyak enam perlawanan pada usia 18 tahun dan ke bawah dan Luis Enrique menghujani pemain tengah Barcelona itu dengan pujian.


"Saya berasakan tidak ada pemain berusia 18 tahun yang melakukan apa yang dilakukan Pedri dalam kejohanan besar, sama ada Euro, Piala Dunia atau Olimpik," kata Luis Enrique kepada wartawan.

"Persembahannya, cara dia membaca permainan, cara dia mencari ruang, kualiti, keperibadiannya, saya tidak pernah melihat perkara seperti itu, walaupun dalam Andres Iniesta sekalipun.

"Mustahil untuk menjelaskannya."

Luis Enrique turut memuji Dani Olmo dengan berkata, "[Dia] benar-benar hebat hari ini, dia pemain yang sangat pintar dengan banyak kualiti. Dia bijak menghasilkan gerakan mengawal bola dengan baik.

"Kami berusaha untuk menjejaskan permainan [Giorgio] Chiellini da [Leonardo] Bonucci dan saya berasakan kami telah melakukan dengan baik. Kami mahu mengelak apa yang mereka lakukan kepada [Romelu] Lukaku jadi kami telah menggunakan pendekatan empat lawan tiga dalam kawasan tersebut. Ini bermakna ia menjadi sukar untuk mereka mendapatkan bola daripada kami.

"Kami menghasilkan banyak peluang dan hanya kekurangan satu langkah dalam melengkapkan peluang kami. Sukar untuk merampas bola daripada pemain seperti Dani Olmo jadi saya berasakan kami telah menerapkan taktikal dengan sebaik mungkin. Olmo seorang pemain yang penting bagi kami kerana dia mampu berasakan dalam situasi yang sungguh luas. Dia mampu menjaringkan gol dan seorang pemain yang lengkap."