Toni Kroos telah bersara daripada bola sepak antarabangsa setelah kekalahan Jerman kepada England dalam Euro 2020, dengan menyatakan: "Saya ingin menumpukan perhatian sepenuhnya bersama Real Madrid."

Pemain tengah, Kroos, mengumumkan keputusannya menerusi Instagram, meluahkan kekecewaan apabila gagal menamatkan perjalanannya lebih di tahap yang lebih tinggi dalam kejohanan kali ini.

Kroos berkata, "Saya beraksi untuk Jerman 106 kali. Tidak akan ada masa lain selepas ini.

"Saya sangat berharap, dan saya memberikan semuanya sekali lagi, bahawa akan ada 109 pemain antarabangsa pada akhirnya dan satu trofi utama, Kejuaraan Eropah, akan ditambahkan dalam koleksi kemenangan skuad Jerman.

"Saya telah mengambil keputusan untuk bersara selepas kejohanan ini. Sudah cukup jelas bagi saya bahawa saya tidak akan beraksi dalam Piala Dunia 2022 di Qatar. Lebih daripada apa-apa, kerana saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada matlamat saya bersama Real Madrid untuk beberapa tahun akan datang.

"Di samping itu, mulai sekarang saya akan membenarkan diri saya berehat selepas sudah 11 tahun berkhidmat sebagai pemain kebangsaan. Lebih-lebih lagi, sebagai suami dan ayah, saya juga ingin bersama isteri dan tiga orang anak saya.

"Adalah suatu kehormatan bagi saya kerana dapat menyarung jersi ini sejak sekian lama. Saya melakukannya dengan rasa bangga dan semangat."