Erling Haaland telah meletakkan sasarannya untuk membantu Manchester City mengejar treble.

Penyerang itu kekal fokus pada perlawanan akhir City selepas dia meraih anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak di London semalam.

Haaland telah menjaringkan 52 gol dalam 51 perlawanan untuk City -- menjelang perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris Ahad di Brentford -- berikutan perpindahan bernilai GBP51 juta dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu.

City akan menentang Inter Milan di Istanbul dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 10 Jun, seminggu selepas mereka menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA, setelah memenangi Liga Perdana Inggeris.

Mereka berhasrat untuk mencontohi pencapaian Manchester United pada tahun 1999.

Haaland berkata, “Ada dua perlawanan akhir lagi, kami perlu kekal fokus walaupun kami memenangi EPL.

“Kami perlu kekal fokus untuk mencapai apa yang boleh kami capai dalam dua perlawanan akhir akan datang. Saya akan melakukan segala yang saya mampu untuk mencapai perkara yang baik di peringkat akhir dan semoga memenangi kedua-duanya.

“Adalah satu perkara yang baik menjadi pilihan (menentang Inter Milan) kerana ia bermakna kami mempunyai kualiti, kami perlu menyerang permainan dengan cara kami, bermain bola sepak kami dan pada akhirnya kami akan melihat siapa yang memenanginya.”