Eric Cantona memberikan gambaran bahawa dia berminat untuk kembali memegang peranan di Manchester United selepas ketibaan pemilik bersama baru pasukan itu, Sir Jim Ratcliffe.

Bekas penyerang United, Cantona, yang memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua gelaran Piala FA sebelum bersara pada 1997, berkata kelab itu kekal berada di dalam seluruh hatinya.

"Saya terlibat dengan terlalu banyak perkara, saya benar-benar teringin untuk menjadi pengurus.

"Dalam semua yang saya lakukan, saya memberikan 100 peratus untuk saya memiliki keyakinan dan menikmatinya.

"Jadi, saya mungkin tidak memiliki banyak masa untuk menjadi pengurus. Mungkin sebagai jawatan lain," katanya.