Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, menjelaskan bahawa dia berhutang segala-galanya kepada Jurgen Klopp dan percaya pemergian pengurus itu akan memberikan kesan dalam drama perlumbaan pasukan itu untuk merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), pada musim depan.

Juara bertahan Manchester City kini sedang menduduki tangga teratas EPL dengan baki enam perlawanan selepas Arsenal di tangga kedua dan pasukan di tempat ketiga mengalami kekalahan mengejut pada hari Ahad lalu.


View this post on Instagram

A post shared by Trent Alexander-Arnold (@trentarnold66)



Kekalahan 1-0 Liverpool di laman sendiri kepada Crystal Palace menambahkan lagi duka selepas kekalahan di peringkat suku akhir pertama Liga Eropah UEFA (UEL) di tangan Atalanta sebelum ini.



"Saya memikirkan perkara ini baru-baru ini. Satu-satunya perkara yang anda boleh minta sebagai pemain muda adalah peluang.

"Apa yang anda boleh lakukan ialah berharap apabila anda mencapai usia 18, 19, anda mempunyai pengurus yang bersedia memberi anda peluang dan saya bernasib baik untuk memilikinya.

"Dia tidak pernah berkata 'Kami cuba memenangi liga' tetapi 'kami akan memenangi liga.

"Dia tidak bercakap mengenai perkara itu. Ia lebih kepada 'kami akan memanfaatkan diri kami sepenuhnya, dan akan memerah setiap titik potensi yang kami ada.

"Bukan itu sahaja, dia membimbing saya dan memgajar saya melalui jatuh dan bangun, memenangi sesuatu dan kehilangan sesuatu juga.

"Permainan yang bagus atau buruk, kerana perlawanan pertama anda tidak bagus menyebabkan anda berfikir bahawa tidak akan dapat menendang bola lagi.

"Sebagai pemain saya berhutang segala-galanya kepada dia." katanya.