Ia selepas pemain tengah itu diketepikan skuad Ghana ketika berdepan Angola awal pagi semalam.
Pemain berusia 29 tahun itu beraksi sepenuh masa ketika pasukannya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas lawan sama itu dalam pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada Jumaat lalu tetapi dia tidak diturunkan ketika pasukannya teikat 1-1 di Talatona semalam.
Ketua jurulatih Ghana, Chris Hughton, kemudian mengesahkan bahawa Partey -- yang terlepas dua perlawanan terakhir Arsenal pada Februari lalu kerana kecederaan belakang -- tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan ringan.
"Thomas mengalami isu kecil," kata Hughton dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Kami berasakan adalah risiko yang terlalu besar untuk dia memulakan perlawanan ini."
Pendahulu EPL, Arsenal, akan meneruskan saingan dengan melayani kunjungan Leeds United pada Sabtu ini sebelum bertandang ke laman Liverpool lapan hari kemudian.
⌚️ FULL-TIME: It's all over at the Estadio 11 de Novembro in Luanda.
— ?? Black Stars (@GhanaBlackstars) March 27, 2023
• Angola ?? 1-1 ?? Ghana
⚽️ 51' Lucas Joao (pk) / 72' Osman Bukari #BlackStars | #AFCON2023Q | #ANGGHA| #BringBackTheLove