Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Rashford inspirasi Manchester United tumbangkan Nottingham Forest

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rashford.jpg
MANCHESTER UNITED 3 NOTTINGHAM FOREST 0

Marcus Rashford menjadi inspirasi kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Nottingham Forest di Old Trafford awal pagi tadi, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama mereka sejak Piala Dunia Qatar 2022.

Rashford memainkan peranan penting ketika mereka menewaskan Burnley dalam aksi Piala EFL minggu lalu dan sekali lagi mencuri tumpuan dalam aksi kali ini bagi memastikan United kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan di tangga keempat, Newcastle United.

Penyerang England itu membuka jaringan pada minit ke-19 apabila bijak menghidu peluang daripada sepakan penjuru rendah Cristian Eriksen.

Tiga minit kemudian, dia sekali lagi memainkan peranannya untuk menjadikan kedudukan 2-0, kali ini dengan membantu Anthony Martial menewaskan Wayne Hennessey selepas satu serangan balas pantas yang dimulakan Casemiro.

United memperoleh peluang awal dalam babak kedua tetapi Antony mensia-siakannya meskipun sudah berada dalam situasi satu lawan satu dengan Hennessey.

Rashford juga terlepas peluang untuk memanfaatkan hantaran licik pemain gantian, Donny van de Beek, tetapi United menamatkan sisa perjuangan Forest pada minit ke-87, di mana Fred menyudahkan lorongan gemilang Casemiro.

United seterusnya akan meneruskan saingan liga dengan berkunjung ke laman Wolves pada Sabtu ini manakala Forest pula akan melayani tandangan Chelsea sehari kemudian.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video