Ange Postecoglou enggan meraikan sebarang gol lagi selepas video bantuan pengadil (VAR) menafikan Tottenham untuk menyempurnakan kebangkitan mereka ke atas Arsenal.

Spurs tumbang 2-3 dalam 'derby' utara London itu untuk kekal mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun berhempas-pulas memadam kelebihan 0-3 pelawat, tengah malam tadi.

Selepas ketinggalan 0-1 oleh gol sendiri Pierre-Emile Hojbjerg, tuan rumah menganggap mereka berjaya mengikat kedudukan 3-3 berikutan percubaan Micky van de Ven melepasi David Raya.

Bagaimanapun, VAR memutuskan gol itu pertahanan itu adalah ofsaid.

Arsenal mengambil kesempatan daripada penyudah Bukayo Saka dan Kai Havertz, manakala jaringan Cristiano Romero dan Heung-Min Son dalam babak kedua mencerminkan keupayaan sebenar Tottenham.

"Perlawanan tidak lagi diadili di stadium," kata Postecoglou kepada pemberita selepas perlawanan itu.




“Saya tidak lagi meraikan gol.

"Anda ibarat perlu menunggu seseorang di jalan raya. Malangnya, saya tidak menyukainya tetapi saya perlu akur."