Mikel Arteta meratapi kegagalan Arsenal meraih tiga mata susulan terikat 2-2 ketika bertemu Tottenham Hotspur 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates semalam.
Tottenham bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk memastikan derbi London Utara berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata sekaligus menamatkan tiga kekalahan berturut-turut kepada Arsenal.
Pengendali Arsenal, Arteta, menegaskan kegagalan barisan pemain menggunakan setiap peluang untuk merencatkan momentum Spurs untuk memenangi perlawanan ini.
“Kami berpeluang untuk mendahului dengan lebih banyak jaringan pada separuh masa pertama namun percubaan yang dihasilkan gagal disempurnakan," katanya.
“Kami mahu lebih banyak gol tetapi kami tidak melakukannya. Saat-saat di mana kami menguasai permainan, kami melepaskan gol dan itu adalah tamparan hebat," katanya.
Pada separuh masa pertama, Mikel terpaksa melakukan dua pertukaran apabila Declan Rice dan Fabio Vieira cedera dengan Kai Havertz dan Jorginho menggantikan mereka.
Arteta mengakui bahawa Rice telah dikeluarkan kerana cedera dan dia tidak mahu mengambil risiko terus membiarkan pemain tengah itu bermain.
"Dia rasa tidak selesa di bahagian belakang badannya. Kami perlu menilainya. Sesuatu yang pelik apabila pemain seperti dia meminta dikeluarkan kerana tidak selesa beraksi. Harap masalah itu tidak berlarutan," katanya.