Selepas kekalahan 4-0 yang memalukan buat Manchester United ke atas Crystal Palace, Jamie Carragher yang juga pundit laman berita sukan antarabangsa Sky Sports sifatkan persembahan pasukan itu sebagai memalukan.

Ini apabila Jamie bidas para pemain semasa siaran langsung yang dilihat sambil lewa sahaja berada di atas padang seperti tiada apa-apa yang terjadi sejurus selepas tamat permainan.

"Keluar sahaja dari padang! Bercakap dan berbisik? Mereka bermain dengan teruk! Sepatutnya kekal diam dan terus masuk ke dalam.

Jamie juga berpendapat Erik Ten Hag tidak mempunyai kredibiliti yang cukup untuk bawa Manchester United ke tahap mereka yang sebenar.

"Manchester United antara pasukan yang dibimbing secara paling teruk dalam Liga Perdana Inggeris, itu adalah fakta," kata Jamie Carragher.