Pengurus Manchester United, Erik ten Hag percaya pasukannya adalah antara penghibur hebat bagi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini, walaupun mereka bergelut untuk memenangi perlawanan.

United seri 1-1 dengan pasukan kedua tercorot Burnley pad Sabtu selepas penjaga gol Andre Onana melepaskan sepakan penalti lewat permainan yang membolehkan Zeki Amdouni menyamakan kedudukan.

Ini bermakna pasukan Ten Hag hanya mencatat satu kemenangan dalam tempoh 90 minit sejak pertengahan Mac dan telah meraih tujuh mata daripada enam perlawanan liga terakhir mereka.

Secara keseluruhan, terdapat 38 gol yang dijaringkan dalam lapan perlawanan terakhir United.

"Kami adalah salah satu pasukan paling dinamik dan menghiburkan dalam liga pada masa ini," Ten Hag memberitahu BBC Match of the Day.

"Kami mencipta banyak peluang dengan bermain bola sepak yang terbaik. Setiap pasukan melepaskan peluang. Tetapi terpulang kepada kami, ia pelik."