Sekembalinya Cristiano Ronaldo ke pangkuan Manchester United ia telah memberi satu impak yang luar biasa pada perlawanan yang keempat apabila Man United mencipta kemengan besar ke atas Newcastle United (4-1).

Ia menggambarkan dengan jelas bahawa Man United lebih ghairah dan teruja untuk mendominasi carta liga musim ini dan ia boleh lihat dari segi persembahannya. Persefahaman dan komunikasi di antara Ronaldo dan pemain-pemain Man United juga amat baik walaupun tidak sampai seminggu bersama Man United.

Dengan persembahan yang disajikan semalam itu tidak boleh menindakkan keupayaan Man United untuk menjadi pasukan pilihan muncul juara musim ini.




Keberkesanan di semua bahagian tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi keserasian di bahagian serangan dan tengah mula menunjukkan ketajamannya melakukan penyudah. Ini boleh di lihat dari jumlah jaringan dilakukan Man United dalam empat perlawanan sahaja telah berjaya melakukan 11 jaringan. Ia juga mula menunjukkan keyakinan yang tinggi daripada Ole Gunnar Solskjaer apabila memuji tahap permainan pemain-pemainnya.

Ronaldo juga ada menyatakan kehadirannya di Man United kali ini tetap sama iaitu untuk memburu kemenangan dan kejuaraan.

Kenyataan itu juga menambahkan lagi motivasi dan semangat kepada pemain-pemain untuk terus mengekalkan prestasi mereka pada setiap perlawanan kerana Ronaldo merupakan ikon dan legenda Man United. Sudah tentu ia amat dihormati oleh semua pemain-pemain Man United apabila pemain yang mereka hormati itu boleh melakukan tugasannya di atas padang dengan cemerlang sekali walaupun pada usia 36 tahun.




Faktor itu juga membuatkan Man United berada pada carta Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Walaupun baru mengharungi empat perlawanan dengan kedudukan itu akan menambahkan lagi keinginan untuk memburu kemenangan.

Emosi dan semangat berpasukan yang berada pada tahap terbaik itu agak sukar bagi pasukan lain untuk memadamkan bara yang sedang memanas itu. Saat ini juga telah lama dinanti-nantikan peminat-peminat Man United.