Dalam keterujaan pasukan Liverpool ingin menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) legenda The Reds, John Arne Riise berpendapat bahawa pasukan itu tidak akan menjadi juara kerana peluang keemasan telah dilepaskan dan Manchester City berpeluang meraih trofi itu.

John ketika ditemu bual oleh Stadium Astro pada Khamis tampak bersahaja dalam melontarkan pendapatnya tentang kemampuan Liverpool bagi meraih trofi keramat itu.

"Secara jelasnya saya merasakan ianya sesuatu yang keputusan yang buruk, harapan untuk menjuarai liga kali ini sangat-sangat tipis.

"Saya merasakan ianya tidak akan menjadi juara. saya rasa ianya sudah berakhir untuk Liverpool.

"Saya rasa dua ke tiga hari sebelum ini perlawanan kalah 2-0 dengan Everton, satu keputusan yang teruk buat pasukan.

"Manchester City adalah satu pasukan yang kuat dan saya tidak merasakan mereka akan melepaskan mata-mata penting.

"Keputusan yang buruk buat Liverpool."