Aston Villa boleh menjadi penyelamat kontinjen Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila bakal membawa cabaran tunggal dengan menjamin kemaraan ke separuh akhir Liga Persidangan Eropah (UECL), awal pagi tadi.

Peluang EPL untuk merebut tiket kelima peringkat Liga Juara-Juara (UCL) hampir tertutup selepas Manchester City, Arsenal, Liverpool dan West Ham terkandas dalam UCL dan UEL minggu ini.

Ia secara tidak langsung meninggalkan Villa tugas berat menyelamatkan maruah EPL dengan syarat perlu memenangi kesemua baki perlawanan.

Format baru musim depan menyaksikan dua lagi slot tambahan UCL menjadi rebutan liga utama Eropah -- penambahan daripada 32 kepada 36 pasukan dengan lapan perlawanan timbal balik diadakan dalam pusingan kelayakan, manakala lapan pasukan layak ke pusingan 16 sementara pasukan kesembilan hingga 24 kelab akan mengharungi play-off.

Setakat ini, Itali dan Jerman mendahului carta dengan 19.428 mata dan 17.928 mata diikuti England, 17.375 mata.




Namun, Borussia Dortmund dan Bayern Munich sebagai wakil Bundesliga dalam separuh akhir UCL sementara Bayer Leverkusen dalam Leverkusen ke separuh akhir UEL.

Dalam Serie A pula, Roma, Fiorentina dan Atalanta pula masih dalam saingan UEL, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di ranking tersebut.

Kemenangan di pentas Eropah menawarkan dua mata sementara seri satu mata. Bonus pula akan diberikan dengan kelayakan dalam setiap kemaraan peringkat.