Alejandro Garnacho diketepikan daripada skuad Argentina menjelang dua perlawanan persahabatan bulan ini dan akan terlepas beberapa perlawanan penting bersama Manchester United, demikian disahkan pemain sayap remaja itu.

Pemain berusia 18 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika United terikat 0-0 dengan Southampton hujung minggu lalu sebelum dia mengalami kecederan gara-gara terjahan Kyle Walker-Peters.

Pertahanan Southampton itu memenangi bola dalam kawasan penalti tetapi buku lali kanan Garnacho tersangkut di antara dua kaki Walker-Peters.

Walker-Peters dan Garnacho sudah saling bermaafan dalam media sosial berkenaan insiden itu dan tiada sebarang pertelingkahan sesama mereka tetapi pemain muda itu kelihatan perlu berehat panjang.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini," tulis Garnacho dalam Instagram.

"Malangnya, saya tidak dapat membantu pasukan dan rakan sepasukan saya menjelang beberapa perlawnanan ke depan, di mana ia tempoh yang agak penting buat kami di Manchester United musim ini.

"Saya juga kecewa terlepas peluang untuk bersama rakan sepasukan saya dalam skuad kebangsaan Argentina, di mana ia dapat menjadi momen yang hebat dan membanggakan buat saya dan keluarga saya.

"Ia sebahagian daripada kerjaya bola sepak, saya sudah mula menumpukan terhadap pemulihan saya.

"Tuhan telah mengajar saya untuk tidak mengalah dan saya akan memastikan yang saya akan kembali dengan lebih kuat berbanding sebelumnya," katanya.

A post shared by Alejandro Garnacho (@garnacho7)