Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

enzo-fernandez.jpg
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas The Blues menebus klausa pelepasan sebesar £106.8 juta (RM560.87 juta) daripada Benfica.

Fernandez, yang dinamakan pemain muda terbaik ketika membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022, sudah sekian lama dikaitkan untuk menyertai Chelsea pada awal jendela perpindahan kali ini sebelum usaha berkenaan terhenti seketika.

Bagaimanapun, Chelsea kembali melakukan usaha berkenaan dan berhasil mendapatkan Fernandez pada hari terakhir jendela perpindahan -- dengan kontrak jangka panjang yang dilaporkan sehingga 2031 -- di mana pengesahan berkenaan diumumkan selepas sejam setengah jendela perpindahan ditutup.

Chelsea menghantar segala kertas kerja yang relevan pada waktunya dan Benfica terlebih dahulu mengumumkan kesepakatan berkenaan dalam laman web rasmi mereka.
 
Fernandez menyertai Benfica daripada River Plate tahun lalu dan segera memainkan peranan penting sejak perpindahan itu untuk membantu pasukan gergasi Portugal berkenaan mendahului peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dia kelihatan akan kekal di Lisbon sehingga penghujung musim ini tetapi Chelsea melakukan usaha untuk mendapatkannya, di mana pengurus mereka, Graham Potter, berhasrat untuk memperkuatkan bahagian tengah The Blues.

Yuran perpindahannya memecahkan rekod termahal dalam EPL, mengatasi perbelanjaan £100 juta (RM525.16 juta) yang dikeluarkan Manchester City untuk mendapatkan Jack Grealish daripada Aston Villa pada 2021.

Fernandez berkemungkinan akan melakukan penampilan pertamanya bersama Chelsea ketika melayani kunjungan Fulham di Stamford Bridge hujung minggu ini, di mana The Blues sedang berusaha untuk keluar daripada prestasi buruk mereka, yang kini berada di tangga ke-10 EPL.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 17 of 38
Sabtu, 20 Dis
08:30 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
West Ham United-team-logo West Ham United
11:00 PM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 21 Dis
01:30 AM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Liverpool-team-logo Liverpool
04:00 AM
Everton-team-logo Everton
Arsenal-team-logo Arsenal
04:00 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Isnin, 22 Dis
12:30 AM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Manchester United-team-logo Manchester United
Selasa, 23 Dis
04:00 AM
Fulham-team-logo Fulham
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest

Must Watch Video