ASTON VILLA 2-2 CHELSEA

Jaringan cemerlang pada separuh masa kedua oleh pemain tengah Chelsea, Conor Gallagher memastikan keputusan seri 2-2 menentang Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.Skuad The Blues tampak melakukan kebangkitan mendebarkan daripada ketinggalan dua gol untuk mengancam harapan Villa dalam Liga Juara-Juara.

Villa berada di tempat keempat dengan 67 mata, tujuh mata di hadapan Tottenham Hotspur, yang akan menentang Arsenal dalam perlawanan derby London Utara pada hari Ahad. Chelsea berada di tempat kesembilan dengan 48 mata.

Dibelasah 5-0 oleh Arsenal pada pertengahan minggu, Chelsea memulakan permulaan yang paling buruk apabila rembatan pemain tengah Villa, John McGinn disambar ke gawang sendiri oleh Marc Cucurella pada minit keempat, dan pasukan tuan rumah menguasai 45 minit pembukaan.

Mereka mendahului 2-0 pada waktu rehat selepas Morgan Rogers menambah gol kedua mereka sejurus sebelum rehat, yang ketiga dalam tiga perlawanan di tempat sendiri untuk Villa.

Bagaimanapun, permainan kemudian bertukar apabila Villa terpaksa menggantikan penjaga gol Emi Martinez dengan Robin Olsen akibat kecederaan hamstring, dan pemain Sweden itu tidak berdaya untuk menghalang Noni Madueke daripada mencetak gol pada minit ke-63.

Apabila Gallagher diberi ruang untuk merembat dari tepi kotak penalti, dia tidak memerlukan peluang kedua, namun terus melencongkan gol penyamaan yang menakjubkan pada minit ke-81 melepasi Olsen untuk menyamakan kedudukan.Chelsea hampir melengkapkan kebangkitan semula yang luar biasa untuk merampas kemenangan lewat permainan ketika pemain gantian Axel Disasi menanduk bola yang kelihatan seperti pemenang perlawanan pada masa masa kecederaan untuk pasukan pelawat.

Namun Benoit Badiashile didapati melakukan kekasaran dalam usaha dapatkan gol itu dan gol itu diketepikan disangkal oleh pengadil perlawanan.

Keputusan itu menimbulkan reaksi marah daripada pemain Chelsea, dengan beberapa daripada mereka berdepan dengan pengadil selepas wisel penamat untuk membantah keputusan itu.