Fofana akan menjadi pemain pertama ditandatangani Chelsea dalam era Graham Potter apabila jendela perpindahan kembali dibuka secara rasmi bulan depan selepas pemain itu bersetuju untuk mengikat kontrak jangka panjang di Stamford Bridge.
Selaku peminat Chelsea sejak zaman kanak-kanaknya, Fofana kini berpeluang untuk mengikut jejak idolanya, Didier Drogba, yang memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), empat gelaran Piala FA, tiga kejuara Piala EFL dan sekali bergelar juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sepanjang dua eranya bersama kelab itu.
Pemain berusia 20 tahun itu -- yang memiliki dua penampilan antarabangsa -- merupakan penjaring terbanyak Molde musim lalu dengan 15 gol, yang membantu mereka menjuarai Norwegian Eliteserien.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Molde berkata: "Penyerang Ivory Coast itu telah mencipa sensasi baik di Norway mahupun di peringkat Antarabangsa.
"Kini, David Datro Fofana sudah bersedia untuk pengembaraan baru di England dan dalam Liga Perdana Inggeris.
"Kelab Bolasepak Molde mengucapkan terima kasih kepada David Datro Fofana atas segala usahanya dan mengucapkan selamat maju jaya buatnya di Chelsea!"
Chelsea FC has reached a pre-agreement with Molde FK for the transfer of David Datro Fofana. ?
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 28, 2022