Matias Vina menyertai Bournemouth secara pinjaman dengan pilihan pembelian tetap daripada AS Roma.

Pertahanan kiri Uruguay itu menyertai Roma daripada Palmeiras pada 2021 dan telah melakukan 29 penampilan dalam Serie A.

Bagaimanapun, Vina hanya dapat beraksi selama 54 minit dalam saingan liga di bawah bimbingan Jose Mourinho musim ini dan akan meninggalkan Roma untuk bersama Bournemouth sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini.

Pemain berusia 25 tahbun itu dilaporkan akan menyertai kelab barunya dengan turut disertai pemain tengah Sassuolo, Hamed Traore, dan pertahanan Dynamo Kyiv, Ilya Zabarnyi, menjelang penutup jendela perpindahan tengah malam ini.

Bournemouth, dalam pada itu, kelihatan gagal mendatangkan Nicolo Zaniolo selepas sah mendapatkan khidmat Dango Ouattara dan Antoine Semenyo.

Roma pula dikatakan semakin hampir untuk menandatangani Dioge Llorente daripada Leeds United.