SPORTING CP 1 AJAX 5

Tumpuan mungkin lebih banyak terarah kepada prestasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam Liga Juara-Juara (UCL), tetapi Sebastien Haller mengukir namanya dalam sejarah ketika Ajax mengalahkan Sporting CP, awal pagi tadi.


Haller mengulangi pencapaian Marco van Basten dengan meledak empat gol dalam kemunculan pertamanya dalam kancah itu yang menyaksikan tuan rumah melakar kemenangan 5-1 dalam pertemuan Kumpulan C di Estadio Jose Alvalade.

Ikon Belanda dan Ajax, Van Basten, pula merobek gawang lawan sebanyak empat kali ketika Milan menumbangkan Gothenburg 4-0 di San Siro pada 1992-93.

Jaringan pertama Haller di Lisbon diledak ketika permainan baru berusia 68 saat -- kali keempat Ajax menjaringkan gol selepas dua minit sepak mula sejak awal 2019-20, lebih dua daripada pasukan lain.

Pemain Perancis itu kemudian diangkat sebagai pemain pertama dalam sejarah UCL yang menjaringkan dua gol dalam tempoh sembilan minit pertama permainan dari jarak dekat.

Selepas mencetak gol pertama menerusi kepalanya sementara yang kedua menyusul dengan kaki kanannya, Haller melengkapkan hatriknya pada minit ke-63 apabila saling bertukar hantaran dengan Antony di sebelah kiri.

Jaringan keempatnya pula menyaksikan Ajax mencatat gol lima untuk mereka mengulangi keputusan serupa buat kali ketiga dalam UCL. Mereka pernah melakukannya dua kali ketika musim 1995.