Newcastle akan meninjau ke seluruh dunia mencari pemain bagi memperkuatkan lagi pasukan yang mereka perlukan untuk bersaing musim depan, menurut pengurus Eddie Howe.

Musim pertama dalam Liga Juara-Juara dalam tempoh 20 tahun bermakna tugasan pasukan meningkat untuk skuad Howe pada musim seterusnya, dan perbincangan telah berlaku antara pengurus dan pegawai kelab mengenai persiapan menghadapi jendela perpindahan.

Kecederaan memaksa Newcastle kurang berkesan pada musim ini walaupun mencatatkan penamat Liga Perdana Inggeris tertinggi sejak 2003.


Howe berasakan pasukannya tidak mempunyai kualiti dalam simpanan untuk memenangi perlawanan pada separuh masa kedua seri 1-1 Ahad di Chelsea yang menutup tirai musim penuh pertama yang tidak dapat dilupakan untuk pengurus itu.

Dengan sekatan yang dilaksanakan oleh peraturan Financial Fair Play, Howe menyebut kelayakan untuk persaingan utama Eropah sebagai faktor kritikal dalam membebaskan pemilikan untuk melabur dalam pemain baru.

Namun, Howe memberi amaran pasaran tidak selalunya memastikan keputusan kerana kelab itu berusaha untuk membina pasukan yang mampu bersaing di peringkat tertinggi.

"Ya, kami telah mengadakan perbincangan (pada hari Sabtu)," kata pengurus itu.

“Ia sesuatu yang sukar kerana kami akan menghadapi banyak pertandingan msuim depan, jadi kami memerlukan skuad yang sentiasa bersedia memberikan yang terbaik. Saya rasa tahun ini kami tidak terlalu banyak aksi, sudah tentu penambahan pemain bagi memperkuatkan pasukan sesuatu yang diperlukan.

“Jelas sekali kami belum berada di tahap yang terbaik, anda boleh lihat itu (menentang Chelsea), namun kami berdepan masalah kecederaan."