Skip to main content

Bola Sepak

Dirga Surdi -- dari liga sosial ke Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dirga-surdi.jpg
"Saya sangka gurauan." 

Dirga Surdi mengakui terkejut dengan tawaran beraksi dalam Liga Super bersama PDRM pada musim ini bersandarkan reputasi sebagai pemain amatur dalam liga sosial.


"Karier saya bermula dalam Liga Selangor bersama Teleflow. 

"Habis musim itu, saya dapat panggilan daripada jurulatih  Puchong Fuerza dalam LigaM3, Nazrulerwan Makmor yang bertanyakan, 'berminat tak untuk bermain dalam Liga Super'. 

"Mula-mula saya rasa ia satu gurauan jadi saya tidak layan. 

"Kemudian saya berjumpa dengan Nazrulerwan. Dia memang sudah tahu (situasi saya) cuma tidak maklumkan sahaja. 

"Setahun sebelum itu saya menonton aksi Liga Super di televisyen dan setahun selepas itu saya pula tampil dalam Liga Super," kata pemain berumur 21 tahun itu ketika diwawancara wakil Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Menjadikan The Cops sebagai pelantar untuk mencipta nama, pemain tengah itu melonjakkan sahamnya apabila bakal menyertai UiTM di bawah bimbingan Frank Bernhardt dalam saingan musim depan.

"Tahun pertama suasananya memang lain. Saya tidak sangka tersenarai dalam skuad 18 pemain ketika melawan Sabah -- negeri kelahiran sendiri. 

"Lebih mengejutkan, saya dalam kesebelasan utama. 

"Walaupun ada yang sinis apakah saya mampu hidup dalam Liga Super, saya cuma ikutkan naluri. 

"Ketika dalam Liga M3, gaji saya sekitar RM1,500 tetapi apabila ke Liga Super, saya menikmati peningkatan gaji yang banyak. Saya sendiri tidak pernah menyangka akan dapat sebesar ini.

"Tahun ini adalah rezeki saya. Insya-Allah saya akan terus beraksi dalam Liga Super dengan UiTM FC selepas melalui pemilihan selama tiga hari."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video