Pengendali Negeri Sembilan FC, K. Devan, pula mengakui pasukannya mempunyai kelebihan untuk menghadapi Terengganu FC esok setelah 'lambat panas' dalam aksi terdahulu bertemu Kuala Lumpur City.

Skuad Jang hanya sempat beraksi selamat 27 minit susulan perlawanan berkenaan terpaksa ditunda akibat hujan lebat.

Begitupun, Devan menuntut jentera serangannya untuk tampil lebih tajam dalam misi mencipta kemenangan sulung, setelah sekadar menghasilkan satu gol daripada tiga aksi penuh musim ini.
"Mungkin pemain-pemain agak keletihan selepas melewati tiga perlawanan dalam tempoh singkat. Kami kini mempunyai masa untuk membuat persiapan dan memastikan tahap kecergasan pemain di tahap terbaik. Ia dianggap sebagai kelebihan buat pasukan," kata Devan.

"Saya mahukan pemain akan beraksi secara seimbang ketika menyerang dan bertahan. Beraksi di laman sendiri, kami perlu bertahan dengan baik dan fokus ketika menyerang dan memastikan berjaya mengutip mata dalam perlawanan ini."