Marco Ragini yakin dapat mengubah mengubah nasib Kelantan FC sambil menuntut anak buahnya agar terus komited memberikan persembahan terbaik dalam baki saingan Liga Perdana musim ini.

Ketua jurulatih itu meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan kedudukan semasa The Red Warriors yang menghuni tangga ketujuh berdasarkan kutipan 14 mata.

Selepas berbincang dengan pihak pengurusan, Kelantan bakal diperkuat dengan kehadiran pemain daripada pasukan remaja selain faktor baki perlawanan yang kebanyakannya akan beraksi di laman sendiri.

Justeru, pengendali berusia 53 tahun itu optimis mereka akan berada dalam kelompok atasan di penghujung musim ini.

"Saya sudah beritahu kamu mampu menguasai puncak.

"Kami semakin serasi dan ia merupakan perkara penting sambil cuba memperbaiki aspek-aspek kecil.




"Lagi-lagi kami perlu mengutip mata dalam pusingan kedua memandangkan akan beraksi tujuh perlawanan di tempat sendiri. Kami perlu menang ketujuh-tujuh perlawanan ini.

"Walaupun hanya mengumpul 14 mata setakat ini kerana lebih banyak beraksi di kubu lawan sebelum ini.

"Saya rasa ia masih dianggap mata yang bagus.

"Ia bukan mudah tetapi kini kami mempunyai peluang dalam usaha menghadiahkan sesuatu buat peminat," kata pakar taktikal dari San Marino itu.