Sergi Roberto menyifatkan pemain baru Barcelona, Memphis Depay, memiliki kualiti menakjubkan dalam sesi latihan.

Depay secara rasmi diperkenal sebagai pemain Barca Khamis lalu dan dijangka akan turun melakukan penampilan sulung dalma aksi persahabatan bertemu Girona.



"Semua orang tahu kualiti Depay. Dia seorang pemain yang luar biasa, dan dia membuktikannya untuk Lyon dan pasukan kebangsaan Belanda," kata Roberto.

"Dia pemain hebat, dan setelah hanya beberapa sesi latihan, anda dapat melihat kualiti luar biasa yang dimilikinya. Saya yakin bahawa dia akan dapat banyak membantu kami musim ini, dan saya yakin dia tidak sabar untuk memulakannya."

Roberto kembali cergas setelah terlepas penghujung musim lalu kerana kecederaan dan juga dapat tampil lagi untuk Barcelona setelah membantu meraih kemenangan ke atas Nastic Rabu lalu.