Lionel Messi perlu diyakinkan oleh Barcelona untuk kekal bersama kelab, menurut bekas rakan sepasukan, Deco.

Masa depan Messi kembali menjadi topik segar sejak kekalahan 8-2 dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) kepada Bayern Munich.

Laporan di Catalonia mencadangkan pemenang Ballon d'Or enam kali itu merupakan antara prospek yang bakal meninggalkan Nou Camp berikutan perbincangan dengan ketua jurulatih baharu, Ronald Koeman.

Koeman menggantikan Quique Setien dan Eric Abidal turut diketepikan daripada jawatan pengarah sukan kelab.

Bercakap kepada Mundo Deportivo, bekas perancang Porto, Deco, menggesa Barca untuk mengembali kedudukan teratur dalam kelab atau berdepan realiti yang sukar untuk diterima.

"Saya tidak tahu [jika Messi akan berhijrah], tetapi dia memiliki kontrak," katanya.

"Dia seorang pemain yang sentiasa mahukan kemenangan dan ia bergantung kepada Barca apabila menawarkan kepada dirinya sebuah pasukan yang kompetitif. Saya belum bercakap dengannya tetapi itulah yang dia fikirkan.

"Barcelona perlu terus berdaya saing di pentas domestik dan Eropah. Kita tidak boleh membayangkan Barca tanpa Messi, tetapi ia boleh berlaku."



Apa sahaja keputusan Messi mengenai perpindahan seterusnya, Deco berasakan masalah yang perlu ditangani oleh pengendali baru pasukan, Koeman.

"Dia seorang jurulatih yang sangat mengenali kelab dan seorang yang berpengalaman.

"Dia mengetahui situasi Barca dan saya berasakan dia mampu membantu Barca kali ini."