Perbincangan mengenai Darwin Nunez yang berpotensi meninggalkan Liverpool musim panas ini berterusan apabila penyerang itu sudah memberikan petanda apabila memadam yang berkait dengan Liverpool di Instagram.

Penyerang bernilai GBP85 juta itu mengharungi musim naik turun serta berdepan kritikan ekoran kegagalan melunaskan deretan peluang terhidang di depan jaring.

Tahap kesabaran penyokong The Reds dengan penyerang itu mula pudar kerana harapan mereka untuk memberikan penamat terindah buat Jurgen Klopp sudah lenyap.

Terdapat spekulasi bahawa Liverpool mungkin sudah bersedia untuk melihat ke hadapan tanpa kehadiran Nunez musim panas ini dan Nunez menyemarakkan lagi suasana dengan langkah terbarunya.

Pemain antarabangsa Uruguay itu telah memadam semua gambar dirinya bermain untuk Liverpool di laman Instagram rasminya.

Yang tinggal hanyalah gambar keluarga dan gambar penyerang yang bermain untuk Benfica dan Uruguay.

Barcelona dilaporkan telah melabel Nunez sebagai bakal pengganti Robert Lewandowski.

Penyerang legenda Poland itu menjaringkan penalti pada separuh masa pertama pada hari Sabtu ketika pasukan Xavi mengalami kekalahan 4-2 menentang Girona di Estadi Montilivi.

Kegagalan untuk memperoleh tiga mata menyaksikan Real Madrid dinobatkan sebagai juara LaLiga untuk kali ke-36 dan laporan menunjukkan Xavi sudah merancang untuk membina semula musim panas selepas gagal dalam perebutan kejuaraan.