Spekulasi pemain warisan negara, Daniel Ting, menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) tampak hampir jadi kenyataan apabila bekas pertahanan KL City Fc itu kelihatan berada di Stadium Sultan Ibrahim.

Dia hadir menyaksikan perlawanan skuad Harimau Selatan menentang Selangor FC ketika jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia berakhir malam tadi.

"Apabila pemain itu tiba dan kelab mengumumkannya, kita akan membincangkannya, namun saya yakin ia merupakan satu kejutan buat pasukan dan untuk memperkuatkan lagi pasukan daripada setiap aspek," kata Mora.

Daniel Ting menamatkan kontrak bersama skuad The City Boys menerusi perjanjian bersama awal musim ini kerana didakwa enggan mengambil suntikan vaksin.

Selain pemain kelahiran England-Malaysia itu, JDT turut dikatakan mendapatkan semula khidmat Junior Eldstal dan tonggak naturalisasi Indonesia, Jordi Amat.