Manchester United dan Real Madrid adalah antara kelab yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Dani Olmo bagi musim panas ini.

Pemain antarabangsa Sepanyol yang kini berusia 25 tahun itu terus cemerlang di Red Bull Leipzig dan kini mempunyai klausa yang aktif pada musim panas ini apabila dia boleh pergi dengan harga £52 juta.

Olmo membintangi Sepanyol ketika menentang Brazil pada Selasa di mana dia yang memakai jersi nombor sepuluh berjaya jana gol secara peribadi dengan begitu baik, menggelecek pertahanan Brazil sebelum menamatkan gerakkannya dengan rembatan kaki kiri sekaligus melencong untuk membolehkan Sepanyol mendahului 2-0 sebelum keputusan seri 3-3 di Bernabeu.

Dia memulakan musim ini dengan hatrik untuk Leipzig ketika menentang Bayern Munich dalam Piala Super Jerman dan kualiti persembahannya terus menarik minat pengintai dari kelab elit Eropah.

Manchester City, Chelsea dan Tottenham juga antara kelab yang terus memerhati perkembangan Olmo, terutamanya dengan keupayaannya bermain sebagai sayap atau penyerang.