Renato Sanches, Jonathan Ikone dan Jonathan Bamba telah dijangkiti COVID-19, demikian disahkan ketua jurulatih Lille, Cristophe Galtier.

Tiga pemain itu sah positif virus berkenaan dan tidak beraksi dalam perlawanan persahabatan, di mana Lille menewaskan Mouscron 2-1 semalam.

Galtier berkata pemain-pemain itu dijangkiti pada waktu rehat lapan hari yang diperuntukkan.

"Renato berada di Portugal. Dia perlu disahkan negatif sebanyak dua kali sebelum dibenarkan untuk menaiki pesawat.

"Bagi dua Jonathan itu pula, mereka berada di Perancis dan akan kembali ke pangkuan pasukan, mungkin Isnin ini.

"Selepas latihan fasa pertama, terdapat waktu rehat selama lapan hari dan sepanjang lapan hari itu, mereka telah dijangkiti virus berkenaan.

"Mereka tiada apa-apa tetapi masih menunggu keputusan ujian yang berikutnya," katanya.

Soon the machine will be back #allezlosc ??? #machinesneverstop

A post shared by Renato Sanches (@renatosanches18) on