Pengurus Flamengo, Jorge Jesus, dalam keadaan baik selepas didapati positif wabak koronavirus baru (Covid-19).

Juara Serie A Brazil itu semalam mengumumkan Jesus, 65, telah dijangkiti walaupun tanda-tandanya lemah dan masih perlu diperiksa dengan lebih lanjut.



Dalam mesej yang disiarkan di Instagram, Jesus berkata dia tidak menunjukkan sebarang gejala walaupun diuji positif.

Estou sob os cuidados do departamento médico do @flamengo e me sinto bem no momento. Fizemos uma contraprova e aguardamos o resultado. Agradeço desde já as mensagens de carinho e apoio que recebi de vocês. Obrigado, Nação.

A post shared by Jorge Jesus (@jorgejesus) on



"Hello. Selamat tengah hari di Brazil, selamat malam di Portugal. Benar, saya didapati positif," katanya.

"Memang benar saya juga berasa normal. Saya berasa seperti yang saya rasakan sebulan yang lalu, setahun yang lalu, dua, tiga, empat tahun lalu... Saya dalam keadaan yang normal, saya tidak berasakan sebarang gejala.

"Begitupun, saya telah diuji positif. Jadi saya akan diasingkan. Saya ingin berterima kasih kepada kawan-kawan dan peminat Flamengo kerana berkongsi situasi ini dengan saya.

"Saya fikir dalam beberapa hari lagi segala-galanya akan kembali normal. Mudah-mudahan. Semoga semua orang selamat. Saya sangat yakin."

Semalam, Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) mengumumkan penggantungan semua kejohanan bola sepak di peringkat kebangsaan untuk tempoh yang belum ditentukan lagi.