FIORENTINA 0 JUVENTUS 1

Massimiliano Allegri menyeru Dusan Vlahovic agar menjadi lebih sukar untuk diramalkan selepas kurang berkesan ketika Juventus berdepan bekas kelabnya, Fiorentina.


Vlahovic menerima sambutan dingin daripada penyokong tuan rumah sekembalinya di Stadio Artemio Franchi dalam pertemuan pertama separuh akhir Coppa Italia itu, awal pagi tadi.

Fiorentina mendominasi penguasaan bola dan mensia-siakan beberapa peluang untuk mendahului sementara Vlahovichanya mampu membuat 36 sentuhan -- paling rendah berbanding mana-mana pemain Juve apabila hanya dua daripadanya dilakukan di dalam kotak penalti lawan.

Satu daripada dua percubaannya dipatahkan Pietro Terracciano tetapi penjaga gol Fiorentina tersebut tidak dapat berbuat apa-apa ketika Juve melakar kemenangan 1-0 itu dalam pada masa kecederaan berikutan kesilapan Lorenzo Venuti yang tertampan hantaran lintang Juan Cuadrado ke gawangnya sendiri.

"Vlahovic sangat bagus bermain secara sepasukan, kini kami dapat menghubungkan lebih banyak di antara pemain tengah dan penyerang, jadi itu juga kemajuan," katanya kepada Mediaset.

"Adalah penting untuk bergerak dan menjadi lebih sukar diramalkan kerana perkara yang paling mudah dan paling sukar dalam bola sepak adalah untuk mengelakkan daripada dirantai."

Menurutnya lagi: “Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Fiorentina atas prestasi yang baik.

“Kami menderita dengan dua serangan balas dalam separuh masa pertama dan sekali dalam babak kedua, mujurlah kami tidak bolos kerana mereka melakukan kesilapan.

"Saya gemar dengan pendekatan kami hari ini dan hanya menghadapi risiko dalam serangan balas.

"Kami sedar Fiorentina suka bergerak di bahagian sayap dan melakukan hantaran lintang, jadi tidak akan ada ancaman melalui bahagian tengah.

"Kami sepatutnya mengekalkan bola dalam babak pertama lagi tetapi saya melihat kemajuan."