PARAGUAY 3 BOLIVIA 1

Angel Romero menjaringkan dua gol untuk Paraguay bangkit dalam babak kedua bagi menewaskan Bolivia, yang beraksi dengan 10 pemain, 3-1 dalam perlawanan pembukaan Copa America di Goiania, Goias hari ini.

La Albirroja diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menewaskan Bolivia, yang kehilangan tiga pemain termasuk kapten, Marcelo Martins, berikutan positif koronavirus.

Bolivia, yang hanya pernah sekali melepasi peringkat kumpulan Copa America ketika bergelar naib juara pada 1997, mencipta kejutan apabila mendahului menerusi gol sepakan penalti Erwin Saavedra pada minit ke-10.

Paraguay meningkatkan asakan tetapi gagal menemui penyudah sebelum Bolivia terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jaume Cuellar dilayangkan kad kuning kedua pada penghujung babak pertama.

Keadaan itu jelas memberikan tekanan buat Bolivia untuk Alejandro Romero menyamakan kedudukan pada minit ke-62.

Romero kemudian memastikan kemenangan Paraguay menerusi jaringan bergandanya, masing-masing pada minit ke-65 dan 80.