Juara bertahan, Brazil, menempah slot ke final Copa America selepas mengatasi Peru 1-0, sebentar tadi.

Dalam aksi ulangan bagi final 2019, Lucas Paqueta memastikan kemenangan dalam separuh akhir menerusi jaringan pada minit ke-35 di Rio de Janeiro.

Brazil bakal berdepan antara Argentina atau Colombia dalam final selepas Tite melakar sejarah menyamai Mario Zagallo sebagai pengendali Selecao dengan rekod tanpa kalah dalam sejarah Copa America (12).