Pentas sudah tersedia bagi aksi final Copa America, ketika Brazil dan Argentina bertemu bagi merebut gelaran. Lionel Messi dan rakan sepasukan bakal berdepan Neymar serta skuad Brazil yang penuh berbakat.

Dalam satu temubual menjelang final, penjaga gol serta legenda Paraguay, Jose Luis Chilavert, melaungkan amaran buat Argentina. Berkongsi pandangan mengenai pertembungan menarik itu.

Dia bermula dengan memberikan amaran buat Messi dan Argentina mengenai tugasan yang besar menanti mereka. Dia berkata mereka akan bergelut bertemu Brazil -- bukan hanya atas dasar kualiti skuad Brazil namun faktor luaraan yang mungkin memberikan impak yang negatif.



"Messi dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk mengatasi pasukan Brazil, Neymar, VAR dan pengadil,” katanya.

Ada beberapa pertanyaan yang diajukan mengenai pengadil yang meragukan yang memihak kepada Brazil pada masa lalu. Isu berat sebelah itu turut disuarakan Messi sebelum ini yang jelas terhasil dalam peralwanan dan Chilavert nampaknya bersetuju.

Legenda Paraguay itu turut berharap menyaksikan Messi berjaya tetapi Argentina perlu beraksi di tahap terbaik, "Saya mahu menyaksikan Messi mencuri peluang dengan menjaringkan tiga atau empat gol. Mereka bakal berdepan tuan rumah (Brazil). Messi dan Argentina perlu bermain dengan baik dalam perlawanan ini."

Sumber: barcauniversal.com