Amerika Syarikat (AS) dipilih sebagai penganjur Copa America 2024 yang bakal memperkenalkan format baru, demikian Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengesahkannya.

Ecuador sepatutnya menjadsi tuan rumah pada tahun depan tetapi menarik diri pada November berikutan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan infrastruktur.

AS pernah bertindak sebagai penganjur kejohanan itu pada 2016 bagi edisi sedekad dan itu satu-satunya ia pernah diadakan di luar Amerika Selatan.



Malah, edisi 2024 akan menampilkan 10 pasukan biasa dari Amerika Selatan, ditambah enam dari Amerika Utara dan Tengah dan Caribbean.

Bagaimanapun, AS yang turut akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 di samping Mexico dan Kanada tidak diberi tempat automatik dalam Copa America.

Argentina memenangi kejohanan 2021 yang tertangguh hasil kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah, Brazil, di Maracana, di sebalik stadium sepi akibat kekangan penularan COVID-19.