Southampton telah meminjamkan pemain tengah, Jordy Clasie ke Club Brugge bagi musim 2017-18.

Pemain antarabangsa Belanda itu menyertai The Saints dua tahun lalu daripada Feyenoord dengan bayaran GBP8 juta.

Dia hanya membuat 16 penampilan musim lalu dan masih belum tampil di bawah pengendali baru, Mauricio Pellegrino, sekaligus menarik perhatian beberapa kelab antaranya Crytal Palace.

Saints telah membenarkan pemain berusia 26 tahun itu untuk menyertai pasukan pendahulu di Liga Pro Belgian dalam satu perjanjian di mana mereka melihat mahu menubuhkan hubungan akrab antara kedua-dua pasukan.

Timbalan Pengerusi, Les Reed berkata:"Kami memiliki sekumpulan pemain tengah yang baik di Southampton lantas wujud persaingan bagi merebut tempat dalam pasukan.

"Kami berasakan adalah lebih baik untuk memberi peluang kepada Jordy untuk beraksi. Perpindahan ke Club Brugge akan memberinya peluang itu.

"Ini juga satu peluang untuk memujudkan hubungan baik bersama Club Brugge, antara kelab terbaik di Eropah.

"Kami akan sering menghubungi Jordy sepanjang tempoh pinjaman dan memantau perkembangannya sepertimana yang kami lakukan dengan pemain lain yang telah dipinjamkan."