Pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek, bakal dipinjamkan sebelum jendela perpindahan ditutup tatkala Frank Lampard berusaha untuk mengurangkan pilihan di dalam skuadnya.

Loftus-Cheek memulakan perlawanan pembukaan The Blues dalam pertembungan di Brighton & Hove Albion tetapi hanya bertahan sejam sebelum dia tersisih ketika berhitung dengan Liverpool dan West Brom.

Pemain berusia 24 tahun itu masih dibelenggu kecederaan dan mendapati dirinya bukan pilihan utama Lampard apabila pilihan lain di barisan tengah cergas.

Aston Villa, Southampton dan West Ham mahu mendapatkan khidmat pemain antarabangsa England tersebut, sehubungan itu Lampard akan membenarkan Loftus-Cheek beraksi di tempat lain sepanjang musim ini.

"Saya sangat terbuka dengan situasi Ruben dan kami telah berbincang beberapa sejak seminggu lalu," katanya.

"Dia cergas dan boleh beraksi setiap minggu.

"Dia pastinya akan dipertaruhkan dalam awal kempen musim ini jika bukan kerana kawalan perintah pergerakan selain penjadualan semula liga. Jadi ada kemungkinan dia akan dipinjamkan bagi mendapatkan minit permainan.

"Kami menghormati kelibatnya di sini tetapi ia mungkin pilihan yang baik buatnya. Jika tidak, kehadirannya juga akan memberi saingan dalam skuad ini atas kualiti yang dimilikinya.

"Mudah-mudahan ia akan menjadi nilai tambah yang besar buat kami. Saya tenang mengenainya tetapi saya mahu mencari jalan terbaik demi Ruben dan skuad ini. Kami akan melihatnya minggu depan."



Loftus-Cheek mula mencuri perhatian ketika menyarung jersi Crystal Palace pada 2017-18 sebelum diturunkan secara kerap oleh Chelsea dalam musim berikutnya yang menyaksikannya diberi peranan sebanyak 40 kali.

Namun, sejak itu dia ditimpa rentetan masalah kecederaan dan bergelut untuk menambat hati Lampard.

"Ruben merupakan seorang pemain serba boleh dan mampu menggalas peranan berbeza di bahagian tengah jadi saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengannya. Dia menawarkan kami sesuatu yang berbeza daripada segi fizikalnya, corak permainan dan cara dia menyambut bola.

"Saya juga fikir keutamaannya ketika ini ialah peluang beraksi, tetapi kami perlu mengimbangi pasukan ini minggu depan."