Casemiro berjaya menembusi gawang Chelsea dengan tandukkan pada minit ke-94 untuk memastikan Manchester United memperoleh keputusan 1-1 yang penuh dramatik di Stamford awal pagi tadi.

Jorginho meletakkan The Blues di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti tiga minit sebelum tamat perlawanan berikutan terjahan Scott McTominay ke atas Armando Broja.

Tetapi United, yang tanpa Cristiano Ronaldo kerana masalah disiplin, menemui jaringan penyamaan menerusi gol pertama Casemiro untuk kelab di saat akhir perlawanan selepas pertahanan Raphael Varane terpaksa meninggalkan perlawanan ekoran kecederaan.

The Red Devils kekal satu mata di belakang penghuni tangga keempat Chelsea, yang gagal untuk mengelak daripada dibolosi untuk enam perlawanan berturut-turut aksi Liga Perdana Inggeris.


United menguasai majoriti permainan separuh masa pertama, dengan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, berjaya menyelamatkan percubaan daripada Marcus Rashford dan Antony.

Pelawat berdepan tamparan hebat selepas Varane terpaksa meninggalkan perlawanan ekoran kecederaan lutut, beberapa minit tandukkan Nathaniel Chalobah sekadar melewati palang.

Chelsea mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Jorginho, hadir apabila McTominay menjatuhkan Broja.

Luke Shaw kemudian melakukan hantaran silang yang berjaya disambar Casemiro untuk mengatasi Kepa, sekaligus mengelak kekalahan ketika bertandang ke tempat lawan.