Kemenangan selesa Manchester United ke atas Reading pada pusingan ke empat saingan Piala FA telah melayakan juara 12 kali Piala FA itu melangkah ke peringkat seterusnya.

Dan ini akan membuatkan The Red Devils terus menjadi pasukan pilihan untuk menjulang piala tertua yang dipertandingkan dalam bola sepak.

Namun, dalam edisi ke-152 pada tahun ini The Red Devils perlu lagi menghadapi cabaran daripada pasukan-pasukan pilihan lain seperti Manchester City dan Tottenham Hotspur yang turut berjaya ke pusingan seterusnya.

Jika dilihat dari persembahan Man United di laman mereka sendiri ketika menentang Reding itu ia telah berjaya mempamirkan permainan yang penuh disiplin dan bermutu tinggi.

Dengan menguasai permainan dengan 75 peratus dan dengan enam percubaan tepat itu telah membuatkan pertahanan The Royals agak tertekan.

Apatah lagi dengan gandingan pemain-pemain midfield The Red Devils iaitu Casemiro dan Christian Eriksen yang berjaya mengawal permainan semalam. Dengan melakukan 55 hantaran telah menunjukkan Casemiro sentiasa aktif meletakkan dalam posisi yang tepat untuk menerima hantaran.





Untuk prestasi bagi pemain yang berusia 30 tahun seperti Casemiro itu amat baik sekali apatah lagi pemain yang bernilai 60 juta pound yang dibeli The Red Devils daripada Real Madrid telah berhasil menjaringkan dua gol yang berkualiti tinggi.

Persefahaman yang dipamerkan dengan Bruno Fernandes juga amat baik sekali, di bantu pula pemain sayap yang pantas seperti Marcus Rashford dan Antony sudah pasti ia memudahkan kerja Casemiro untuk merencanakan hantaran-hantaran yang berbahaya.




Selain itu pemain-pemain muda seperti Alejandro Garnacho, Facundo Pellistri, Anthony Elanga dan Kobbie Mainoo dapat melihat dan belajar bagaimana pemain kelahiran Brazil yang mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa itu begitu tenang ketika situasi getir, terutama dalam kawasan penalti seperti jaringan pertama dilakukan dan jaringan kedua peribadi Casemiro juga pada perlawanan itu yang mana beliau pantas membuat keputusan tepat untuk melakukan rembatan lencong.

Inilah pemain yang berkualiti dan berpengalaman yang berjaya di bawa Erick Ten Hag serta masih berbisa.