Zinedine Zidane menolak untuk mengmabil alih Bayern Munich ketika pengurus Manchester United, Erik Ten Hag, dikatakan turut berminat untuk pergi ke kelab gergasi Jerman itu.

Bayern dikecewakan dalam misi pencarian pengganti Thomas Tuchel yang akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini selepas melihat kegagalan pertama mereka memenangi Bundesliga sejak 2012.

Calon pilihan Xavi Alonso yang turut dikaitkan ke Liverpool telah mengesahkan komitmennya untuk terus bersama Bayern Munich manakala Julian Nagelsmann dikaitkan bakal kembali ke Allianz Arena itu.

Semasa menghadiri Grand Prix Miami, bekas jurulatih Real Madrid itu ditanya oleh Sky Sports Germany sama ada dia menjangkakan pasukan lamanya itu mampu mengatasi Bayern Munich untuk ke Final dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Dia berkata "Semoga Madrid, tetapi ia akan menjadi perlawanan yang sukar.

Zidane kemudian ditanya sama ada dia bertanding untuk jawatan pengurus Bayern lalu dia menjawab: "Tidak. Saya hanya akan menonton perlawanan itu sahaja."