Harry Kane mengalihkan perhatiannya kepada rekod gol milik Robert Lewandowski dalam kancah Bundesliga selepas penggempur England itu mencetak dua gol dalam kemenangan 2-1 Bayern Munich ke atas Eintracht Frankfurt, awal pagi tadi, meskipun sedar dia perlu terbawa-bawa.

Kane menyumbangkan gol dalam setiap babak untuk melebarkan jumlah golnya kepada 42 gol musim ini selain mencapai jaringan ke-400 di kelab dan negara.

Penyerang itu menghasilkan 280 daripada gol tersebut untuk Tottenham untuk muncul selaku penjaring terbanyak kelab London itu, manakala dia juga merupakan pemain paling prolifik dalam sejarah England menerusi rekod 62 gol bersama Three Lions.

Dengan 35 gol dalam 31 penampilan Bundesliga musim ini, Kane kini memberi fokus kepada satu lagi catatan bersejarah apabila mengintai rekod gol bekas penyerang Bayern, Robert Lewandowski, yang merakamkan 41 gol pada 2020-21.

Ditanya mengenai kemungkinan untuk memecahkan rekod itu dengan hanya tinggal tiga perlawanan dalam kempen liga Bayern, Kane berkata: "Ia mungkin tetapi jelas saya tidak boleh terbawa-bawa!





"Saya mungkin perlu menjaringkan beberapa gol lagi minggu depan. Ia ada di sana, ia mampu dicapai.

"Sudah tentu ia juga bergantung kepada beberapa perlawanan terakhir tetapi baguslah saya menambahnya hari ini dengan menghadiahkan beberapa gol untuk membantu pasukan."

Bayern akan menerima kunjungan Real Madrid dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini, sebelum bertandang menentang Stuttgart pada hujung minggu.