FREIBURG 2 BAYER LEVERKUSEN 3

Bayer Leverkusen meneruskan rentak cemerlang untuk bergelar juara Bundesliga dengan kemenangan ke atas Freiburg awal pagi tadi, yang menyaksikan mereka kembali berkelebihan 10 mata di tangga teratas.

Pasukan bimbingan Xabi Alonso itu kekal dengan rekod tanpa kalah sepanjang musim ini dengan yang terbaru mencatatkan kemenangan 3-2 je atas Freiburg di Europa-Park Stadion.

Leverkusen di landasan terbaik untuk menamatkan rentetan 11 gelaran Bundesliga berturut-turut yang diraih Bayern Munich apabila Adam Hlozek dan Patrik Schick memberikan mereka kelebihan dua gol selepas Ritsu Doan memadamkan jaringan pembukaan pelawat oleh Florian Wirtz.

Yannik Keitel kembali merapatkan jurang buat Freiburg pada lewat permainan tetapi Leverkusen jelas terlalu ampuh untuk menamatkan aksi liga ke-22 itu dengan satu lagi kemenangan.