Perak menyambar bekas penjaga gol Melaka United FC, Bryan See, bagi membentuk skuad mantap dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Perkara itu dikongsi skuad Seladang menerusi satu klip video di laman Youtube rasmi mereka hari ini.

Bryan See bukan nama asing buat peminat bola sepak di Perak kerana beliau pernah menyarung jersi pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada musim 2018 sebelum berhijrah ke Liga Thailand.

"Pemilik baharu XOX ada misi dan visi. Ia satu perancangan yang bagus," katanya.


Bryan See mempamerkan aksi terbaik ketika diberi tanggungjawab menggalas tugas di gawang sebagai penjaga gol utama Melaka United musim ini.

Aksi Bryan See nyata tidak mengecewakan apabila acap kali menyelamatkan pintu gol pasukannya daripada dibolosi.

Walaupun menjadi penjaga gol pilihan kedua pada permulaan musim, Bryan See berjaya memikat hati pasukan kejurulatihan bagi membolehkannya menjadi penjaga gol utama Melaka United untuk aksi kelima Liga Super.


Penampilannya bersama Perak FC dinanti-nantikan penyokong yang mahukan pemain-pemain berkualiti membarisi pasukan kesayangan mereka musim hadapan.

Bryan merupakan pemain ketiga yang dibawa masuk oleh jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim selepas Harith Naem Jaineh dan Ilham Aqil Nadzri.

Kredit: Sinar Harian